Saturday, June 19, 2010

SEX memang SEDAP and plg best TAPI bila ko kena penyakit AIDS/HIV what will you do ??, baca cerita benar dari saya.

Ini merupakan cerita yang ingin saya kongsikan bersama ahli ahli kelab gayromeo terutamanya masyarakat sabah yang baru berjinak jinak dengan dunia gay. pesan saya berhati hati la selalu.

saya mahu ceritakan pengalaman sebenar saya bebrapa minggu yang lepas. ini bukan cerita rekaan semata mata tetapi adalah cerita beanar yang sudahpun berlaku ke atas diri saya. seminggu 3 minggu yang lepas saya bertemu dengan ramai lelaki di sini kesemuanya merupakan orang sabah. suatut hari saya bertemu dengan seorang lelaki yang datang ke kota kinabalu, katanya berkrusus di sini. lalu saya pun melawat orang tersebut ke tempat hotel penginapan dan melaku kan hubungan sex tanpa kondom.

saya sebenarnya tidak berapa kisah pasal pemakaian kondom ni kerana bagi sy hentam ja la labu.. best bah tu kalau tiada kondom bukannya ada aids juga di sabah ni.. di sabah ni masih barutidak banyak sanagt orang asing yang datang itu dalam pikiran sy. tetapi seminggu selepas saya bertemu dengan orang tersebut saya mendapati cecair nanh mula keluar daripada kemaluan saya, dan terasa perit bila membuang air kecil. pada mulanya saya hanya menyangka perkara ini merupakan perkara biasa, mungkin sebab terlampau picit kali, mujur la sifat ingin tahu dalam diri saya yang sememangnya sentiasa kuat mendorong sya untuk mencari maklumat mengenai perkara ini di internet. sebelum tu memang sya sudah sangka ada sesuatu yang tidak kena and maybe saya terkena STD. check punya check di internet. sy dapat simpulkan daripada simptom simptom yang sy ada saya telah mendapat Gonorrhea atau Chlymidia. Iaitu penyakit yang tidak asing lagi dalam dunia sex bebas ...

lalu setelah tiga hari sya mengalami sindrom tersebut saya cepat cepat pigi hospital Luyang minta check, pertama kali saya ke hospital/clinic dalam sepuluh tahun kebelakangan unutk mendapat rawatan. saya masih ingat lagi saya masuk dan mendaftar dan terus ke bilik 17 dan memberitahu doktor yang sedang bertugas untuk melakukan pemeriksaan.. doktpr tu pun mula bertanya . belum sempat doktor tu tanya saya terus bgtau simptom simptom yang saya ada..dan doktor pun tanyalah soalan yang memang sy sudah jangka " ko ni ada buat sex bebas ka?" terus tanpa berselindung saya ckap ja terus terang ya.. terus tu doktor tanya bila lg, sy jawab 3 hari yang lepas..doktor tu cakap tunggu result hari tu juga then sy kena suruh pigi bilik 21 makmal untuk ambil sampel. di sana orang di sana pula tanya tanya orang apa la.. saya jawab ja.. dorang ingatkan saya main dengan perempuan.. ya la bah kan takkan la mau bgtau mcmtu..tau la org sabah ni susah sikit mau terima benda mcmni.

lepas ambil sample ja terus sy kena suruh pi makmal patologi pula untuk buat check betul kah sy ada penyakit tu..1 jam kemudian result pun dapat..yeah sy memang kena jangkitan chlymidia or gonorrhea.. lepas tu sy kena suruh balik lagi pg tempat doktor tadi.. tanpa segan saya terus tanya doktor boleh ka sy minta check untuk HIV juga? terus tu doktor cakap ya and suruh saya pg minta ambil darah di makmal.. smapai ja di sana kena tanya lagi mcm mcm soalan.. last last dia ckp nanti keputusan syphilis 1 minggu and keputusan HIV satu bulan katanya.

lepas tu sya pg ambil ubat and menerima suntikan untuk bunuh baketria yang telah menyebabkan cecair bernanah keluar daripada kemaluan saya. semasa kena suntik satu kali lagi saya kena cuci telinga oleh nurse di sana. selepas mengambil ubat (antibiotic) selama seminggu dan menerima suntikan semua sudah beransur sembuh dan masalh yang saya hadapi sudahpun berakhir.

kini hati saya berdebar debar menantikan keputusan ujian HIV dan Syphillis . walaupun sudah lebih seminggu saya masih belum menghubingi pihak hospital untuk mengetahui keputusan ujian syphilis kerana saya amat takut untuk menghadapi kenyataan dan amat berdebar debar menantikan keputusan ujian HIV.

siang malam macam macam benda saya pikir pasal keluarga sy, pasal boyfriend saya yang berada di luar negara, pasal hidup sy sendiri, pasal macamana sy mau menjalani hidup sy kalau sy kena HIV? and macam macam lagi..kalau la sya kena bg peluang kedua sy pasti pilih jalan selamat dan tidak main rempuh saja. itulah sy tulis benda ni di sini. saya mau semua orang disni tahu and faham risiko yang kita hadapi.. pandai pandai la jaga diri jgn sudah terkena baru mau menyesal.. terlambat suda kalau mcmtu..

SATU LAGI, WALAUPUN ORANG YANG KITA KENAL SEKALIPUN.. NO.. JGN PERCAYA..SAFETY FIRST!!

1 comment: